rohingya

Aung San Suu Kyi, telah membuat keterangan pertamanya mengenai nasib etnik Rohingya sejak keganasan yang berlaku hampir dua minggu lalu.

Suu Kyi, kaunselor negara Myanmar adalah pemimpin de facto negara, mendakwa semasa perbualan telefon bersama Presiden Turki Tayyip Erdogan, “maklumat besar yang salah” tentang krisis Rohingya yang disebarkan memanfaatkan “pengganas.”

Selain itu, beliau menambah bahawa kerajaannya akan memastikan aktiviti pengganas tidak tersebar ke seluruh kawasan Rakhine.

Suu Kyi telah di kritik akibat gagal mengulas mengenai pembunuhan beramai-ramai dan pelarian etnik Rohingya sedangkan beliau merupakan juara hak asasi manusia.

Semasa panggilan, Suu Kyi berkata kerajaannya sudah berusaha untuk melindungi hak-hak Rohingya.

Sejak tindakan keras tentera Myanmar, Sekurang-kurangnya 123,000 pelarian Rohingya telah menyeberang sempadan Bangladesh.

Keganasan meningkat selepas serangan di sempadan yang kerajaannya salahkan sebagai “pengganas.”

“Bantuan itu akan dihantar ke kawasan Maungtaw dan Buthi Taung, utara Rakhine … kepada beratusan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan,” kata jurucakap Ibrahim Kalin.

“Bahagian pertama bantuan yang akan dibuat kepada Rohingya yang melarikan diri ke kawasan pergunungan …bantuan termasuk makanan beras dan ikan kering serta pakaian.”

Jurucakap itu menambah bahawa rantau itu masih tidak selamat, maka bantuan akan dihantar melalui helikopter tentera dengan kerjasama pihak berkuasa Rakhine.

Turki bukan satu-satunya negara yang menghantar bantuan ke wilayah bergolak. Yayasan Stesen Bantuan Luar Pesisir Luar (MOAS) turut mengumumkan bantuan kepada pelarian Rohingya.

Pemimpin negara Turki, Indonesia dan Pakistan, telah mengeluarkan kenyataan yang kuat terhadap penganiayaan berterusan keatas etnik Rohingya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here