KUALA LUMPUR: Kerugian dalam saham kewangan dan bank diterajui Maybank, mengheret Bursa Malaysia meneruskan arah aliran penurunan pada pertengahan sesi pagi.

Pada jam 11 pagi, FBM KLCI jatuh 18.39 mata kepada 1,590.82 mata. Maybank yang jatuh 36 sen kepada RM8.41 dengan sejumlah 11.04 juta saham diniagakan mengheret turun indeks utama sebanyak 5.936 mata.

Kaunter perbankan lain, CIMB jatuh 13 sen kepada RM4.71, Public Bank jatuh 18 sen kepada RM17.82, AMMB susut 19 sen kepada RM4,.49 manakala RHB Capital jatuh 13 sen kepada RM6.24.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 391 berbanding 154, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,001 kaunter tidak diniagakan dan 10 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 744.39 juta saham bernilai RM643.69 juta.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here