Monday, August 21, 2017
Home News Biz Saham Di Bursa Malaysia Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

Saham Di Bursa Malaysia Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

117
0
Sumber imej: kinibiz.com

Saham-saham di Bursa Malaysia merekodkan nilai tertinggi dalam tempoh dua tahun didorong oleh aliran kemasukan dana berterusan dari luar negara berikutan prospek pendapatan korporat yang cerah.

Nilai ringgit mengukuh 0.4 peratus kepada 4,2633 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tertinggi sejak November tahun lepas.

Menurut MIDF Research, pelabur asing membeli saham Malaysia untuk 17 minggu berturut-turut bernilai RM10.14 bilion.

Katanya, sehingga kini, aliran masuk bersih adalah lebih tinggi berbanding dengan negara lain di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Penyertaan asing kekal kukuh,” kata MIDF sambil menambah bahawa purata nilai dagangan harian pelabur asing melonjak kepada RM1.95 bilion, tertinggi sejak setahun yang lalu.

Bursa Malaysia semalam, ditutup tinggi didorong oleh peningkatan dalam kebanyakan saham kewangan mewah dan saham wajaran tinggi terpilih.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,787.95, naik 11 mata.

AmInvestment Bank menge­kalkan unjurannya terhadap di FBM KLCI untuk mengakhiri tahun ini pada 1,745 mata dan 1,900 mata pa­da akhir 2018.

Firma penyelidikan itu menegaskan bahawa penilaian itu mengambil kira pendapatan korporat yang lebih kukuh disokong oleh pertumbuhan ekonomi lebih baik pada 2017 dan 2018.

Dalam laporan baru-baru ini, AmInvestment Bank berkata, pihaknya menjangka sektor kitaran seperti perbankan, hartanah dan pengguna untuk kembali menjadi trend pada separuh kedua tahun ini.

“Selain itu, saham kecil dan bermodal sederhana boleh menjadi perhatian, terima kasih kepada mandat kerajaan dalam Bajet 2017 memperuntukkan sehingga RM3 bilion untuk melabur dalam bidang ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here