Jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib menjelaskan beliau melepaskan jawatan dalam kumpulan aktivis reformasi Otai Reformis kerana hormat keputusan partinya.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor itu bagaimanapun berkata tindakannya itu tidak akan lebih daripada itu.

“Saya cuba jadi profesional dan tak emosi terhadap Dr Mahathir tetapi saya meminimumkan sokongan saya kepadanya. Saya sokong Mahathir atas dasar parti dan Pakatan Harapan.

“Tetapi Salam-salam, cium Mahathir saya tak buat. Saya akur Mahathir antara orang penting untuk tumbangkan Najib dan BN, jadi saya bersama dia,” katanya.

Otai Reformis dalam kenyataannya kelmarin meminta anggotanya yang mempunyai jawatan dalam Pakatan Harapan keluar daripada kumpulan itu.

Isu susulan pendirian mereka yang menolak kepimpinan Mahathir yang kini dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

Kumpulan itu dianggotai oleh aktivis politik yang menggerakkan reformasi pada 1998 bagi menuntut peletakan jawatan Mahathir setelah memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here