rusia

Presiden Rusia, Vladimir Putin melantik Timbalan Menteri Luar, Anatoly Antonov sebagai duta baharu Moscow ke Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah ketegangan diplomatik yang berlaku antara kedua-dua negara terbabit.

Menurut dekri presiden, Antonov, 62, turut dilantik sebagai pemerhati tetap di Washington.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu akan menggantikan Sergey Kislyak dituduh secara meluas oleh media arus perdana AS sebagai ketua pengintip yang mempunyai hubungan baik dengan pegawai AS termasuk mereka yang menjadi anggota Kabinet di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Antonov juga berada di bawah sekatan Barat berhubung penglibatannya dalam penghantaran tentera Rusia ke Ukraine pada 2014 ketika beliau memegang jawatan timbalan Menteri Pertahanan. – Press TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here