Rumah Terbuka

Naib Presiden PAS mengecam keras pihak tertentu yang menghina tetamu rumah terbuka kerajaan Selangor yang diadakan sempena Aidilfitri, semalam.

Kata Datuk Iskandar Abdul Samad, mereka bukanlah orang yang tidak cukup makan, kebulur atau peminta sedekah.

“Kalau kamu biasa dengan makanan yang sedap-sedap, tidak perlulah menghina orang lain.

“Ramai rakyat marhaen yang tidak mampu menyediakan makanan istimewa untuk keluarga mereka pada hari raya ini,” katanya melalui Facebook malam tadi.

Sambutan hari raya kerajaan negeri diadakan di Ampang Jaya, dihadiri ribuan orang, selain tetamu kehormat termasuk Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah, Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut Azmin majlis berkenaan dihadiri “puluhan ribu” orang dan ia melambangkang perpaduan dan kemakmuran rakyat.

Iskandar berkata sesetengah orang tidak bernasib baik seperti yang lain dan berdepan dengan kekurangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here