Rumah

Permasalahan rumah mampu milik rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sehingga kini telah menjadi isu yang berlarutan sejak sekian lama di negara ini.

Bekalan rumah mampu milik dikatakan tidak mencukupi memandangkan ketidakpadanan antara permintaan dan bekalan selain kenaikan harga rumah di bandar raya utama.

Harga rumah yang telah meningkat naik dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kenaikan paras pendapatan yang perlahan telah menyebabkan pembinaan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini tidak mampu dimiliki.

Saya syorkan harga dan premium tanah untuk golongan ini dikurangkan supaya kos rumah tidak tinggi dan distabilkan.

Saya menggesa pihak badan perundangan, eksekutif, pihak berkuasa tempatan dan swasta giat membangunkan lebih banyak perumahan mampu milik khususnya di bandar-bandar utama.

Kerajaan harus membekukan tanah miliknya atau tanah perumahan untuk dibina rumah mampu milik di atasnya bagi menyelesaikan masalah rakyat negara ini yang masih belum mampu membeli rumah terutama generasi muda.

Tindakan ini merupakan satu keperluan utama bagi menjamin kesejahteraan dan masa hadapan golongan ini.

Perlu ada penyelarasan program pembangunan perumahan di bawah satu pengurusan efektif untuk membantu meningkatkan pemilikan rumah serta isu-isu yang berkaitan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Masalah ini memerlukan penyelesaian secara ‘tuntas’ atau menyeluruh kerana ia membabitkan kerjasama semua pihak.

IDRIS AHMAD adalah ADUN Ijok dari PKR. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here