SEORANG pengguna Twitter terpaksa menyahaktifkan akaun miliknya selepas membuat satu teguran sinis, “rugi belajar jauh-jauh” kepada pengguna Twitter, Dr Amalina Bakri.

Amalina, atau Nur Amalina Che Bakri, merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 dan kini berkhidmat sebagai pakar bedah di London.

Pengguna Twitter berkenaan, yang dipercayai seorang lelaki, pada awalnya membuat teguran berbaur sinis terhadap penampilan Amalina yang berbeza berbanding ketika dia menetap di Malaysia dahulu.

“Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni,” tulis lelaki tersebut.

rugi belajar

Namun sebagai wanita berpendidikan, Amalina nyata mempunyai jawapan yang jauh lebih ‘pedas’.

 

“Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.

“Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?” tanya Amalina sinis.

rugi belajar

Gara-gara jawapan itu, lelaki itu kemudiannya menyahaktifkan akaunnya.

Netizen rata-rata menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan teguran lelaki berkenaan sebagai tidak kena tempat.

Kata mereka, menegur ada caranya, apatah lagi jika orang yang ingin ditegur itu bukan calang-calang.

“Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza,” tulis seorang pengguna Twitter, @dhiya_ma.

Anda nilailah sendiri twitter handler terbabit sebelum ianya dinyahaktifkan sebelum ini.

rugi belajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here