Setelah berjaya mengatasi rekod Bobby Charlton selaku penjaring terbanyak England sepanjang zaman, penyerang Manchester United, Wayne Rooney bertekad mahu merobek gawang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada awal pagi Ahad nanti.

Rooney meledakkan dua jaringan dalam dua aksi Kelayakan Euro 2016 baru-baru ini, namun pemain berusia 29 tahun itu masih ketandusan gol dalam saingan EPL.

Berbekalkan dua gol itu, Rooney menjelaskan, ia menjadi pembakar semangat untuk kembali mencari jaringan dalam aksi menentang The Reds di Old Trafford.

“Bohong jika saya katakan rekod penjaring terbanyak ini tidak memberikan saya keyakinan dan kepercayaan diri.

“Saya akan kembali berlatih dan fokus mencari jaringan menentang Liverpool nanti,” katanya.

The Red Devils kini menghuni tangga kelima dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Sumber: SinarHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here