Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan digantung lima perlawanan selepas menolak pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati diperintah keluar padang pada aksi pusingan pertama Piala Super Sepanyol menentang Barcelona, Ahad.

Ronaldo sudah dilayangkan kad kuning pertama kerana menanggalkan jersinya selepas menjaringkan gol ketika pasukan itu menang 3-1 ke atas Barca di Camp Nou.

Malangnya, dia dilayangkan kad kedua pada minit ke-82 selepas dilihat sengaja menjatuhkan diri apabila diasak pemain pertahanan Barca, Samuel Umtiti.

Pemain kebangsaan Portugal itu bertindak menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea selepas tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sebelum meninggalkan padang.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (REEF) membuat keputusan mengenakan penggantungan lima perlawanan, satu di atas dua kad kuning yang diterimanya dan empat lagi kerana menolak pengadil. – MStar Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here