Rio Ferdinand bersedia untuk membuat langkah yang luar biasa dengan menjadi peninju profesional.

Berita mengejutkan itu akan disahkan dalam sidang media pada Selasa.

Bagaimanapun, dipercayai bahawa pembabitan Ferdinand lebih kepada projek televisyen berbanding berkecimpung secara serius dalam sukan itu.

Bekas pemain berusia 38 tahun itu pernah menyarung jersi Manchester United dan Queens Park Rangers sewaktu menyertai dua kelab itu antara 2002 sehingga 2015.

Dalam pada itu, Ferdinand juga memuat naik beberapa video di laman sosial Instagram, menunjukkan dia sering berlatih menumbuk beg pasir.

Bagaimanapun, jika Ferdinand mahu bertanding secara profesional, beliau perlu memohon lesen.

Sebagai pemain, Ferdinand mempunyai berat kira-kira 82 kilogram, yang akan meletakkan beliau dalam kategori ‘cruiserweight’ walaupun membina lebih banyak otot selepas meninggalkan sukan bola sepak.

Jika beratnya melebihi 90 kilogram, beliau akan dimasukkan dalam kategori ‘heavyweight’.

– Mail Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here