Atlet renang berirama Gan Hua Wei berjaya meraih pingat emas keempat untuk Malaysia di Pusat Akuatik Kebangsaan di Bukit Jalil.

Atlet berusia 18 tahun itu mencatatkan mata 73.8386 untuk muncul tempat pertama daripada sembilan peserta dalam acara teknikal solo pada Khamis.

Debbie Soh dari Singapura meraih perak dengan 73.8253.

Singapura juga mendapat gangsa menerusi Miya Yong Hsing, yang mengumpulkan 72.3769 mata.

Zylene Sumbang Perak

Manakala atlet renang berirama Zylane Lee Yhing Huey meraih pingat perak untuk Malaysia dalam acara rutin bebas solo Sukan SEA Ke-29, Khamis.

Zylane, 25, memperoleh sejumlah 74.7000 mata, 0.3000 mata di belakang Debbie Soh Li Fei dari Singapura yang memenangi pingat emas di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di sini.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Singapura  Miya Yong Hsing dengan catatan 73.0333 mata.

Seorang lagi wakil Malaysia Foong Yan Nie menduduki tempat keempat dengan 71.8667 mata.

Ini adalah pingat pertama dimenangi Malaysia dalam akuatik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Zylane kalah kepada pesaing Singapura itu dengan perbezaan  0.1000 dan 0.2000 mata bagi pelaksanaan dan tahap kesukaran. – Bernama

SHARE
Previous articleJangan Terus Himpit Rakyat : Ekonomi
Next articleKerja Dari Rumah Menjelang 2050, TN50
Berketurunan Melayu Jawa tetapi tidak boleh berbahasa jawa. Merupakan seorang peminat masakan jawa lebih-lebih lagi tempe dan nasi pecel lele. Juga merupakan peminat tegar kepada pasukan bola sepak Barcelona FC. Visca El Barca!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here