Biadab! Tindakan seorang remaja 16 tahun pukul ibu nya mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Video yang tular sejak lewat petang semalam, memaparkan seorang pelajar sekolah memukul ibunya tanpa rasa belas.

Menerusi video tersebut, remaja yang memakai seragam sekolah itu menjerit ke arah ibunya dan meminta wang.

Remaja lelaki itu turut melontarkan kata-kata kesat kepada ibunya yang dipukul dengan kuat di bahagian bahu.

Si ibu merintih kesakitan dan ketakutan apabila anaknya mencapai kerusi yang cuba dibaling ke arahnya.

Baca lagi: Polis Akan Ambil Tindakan Pelajar Perempuan Pukul Rakan ‘Berjemaah’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here