Real Madrid berlepas ke Abu Dhabi dalam usaha mereka untuk mempertahankan gelaran Kelab Piala Dunia.

Pasukan di bawah pengurus Zinedine Zidane kelihatan bersemangat semasa menaiki penerbangan pada Ahad selepas menang 5-0 ke atas Sevilla dalam perlawanan La Liga, Sabtu.

Pasukan Los Blancos merupakan kelab pertama Eropah mempertahankan trofi Kelab Piala Dunia sejak penubuhannya pada 2000.

Malah ia menjadi satu-satunya pasukan yang turut memenangi gelaran Liga Juara-Juara selepas Kelab Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos bergambar bersama semasa skuad itu menaiki pesawat Emirates.

Ronaldo berharap untuk menambah lagi kemenangan selepas beberapa hari kemenangannya merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali kelima.

Los Blancos akab menentang pasukan Al Jazira pada Rabu sebagai permulaan mereka untuk mempertahankan gelaran Kelab Piala Dunia.

— Mail Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here