Real Madrid menjuarai Piala Super Sepanyol buat kali ke-10 apabila menumpaskan seteru utama, Barcelona 2-0 pada aksi kedua untuk meraih kemenangan 5-1 secara agregat di Santiago Bernabeu, di sini, sebentar tadi.

Marco Asensio sekali lagi meledak jaringan seperti dilakukannya pada aksi pertama Ahad lalu yang jelas menambah derita kelab Catalans.

Madrid menguasai permainan menerusi serangan balas dan tidak menunjukkan sebarang kebimbangan, meskipun mereka beraksi tanpa penyerang yang digantung Cristiano Ronaldo ataupun Gareth Bale yang hanya berada di bangku simpanan.

Real Madrid

Karim Benzema meledak jaringan sebelum rehat babak pertama sekali gus meneruskan legasi kecemerlangan kelab di bawah pengurus pasukan, Zinedine Zidane yang kini sudah menjulang tujuh trofi dalam tempoh 20 bulan mengemudi Madrid.

Ronaldo digantung lima perlawanan kerana kesalahan menolak pengadil setelah beliau dilayangkan kad merah manakala Bale sekadar memanaskan bangku simpanan bagi memberi peluang kepada Asensio untuk beraksi.

Pemain kelahiran Portugal itu, Ronaldo sekadar menyaksikan perlawanan itu dengan duduk di ruang privasinya di dalam Santiago Bernabeu.

Meskipun ketiadaan dua tonggak utama ini, Real Madrid tidak berdepan sebarang masalah untuk menjinakkan Barca yang kebuntuan dalam mencari gol dalam perlawanan tersebut setelah pemergian bintang mereka Neymar ke Paris Saint Germain.

Sebaliknya, Barca perlu mencari pemain alternatif untuk memperkukuhkan pasukan The Catalan itu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup dengan pemain Ousmane Dembele dan Philippe Coutinho dalam radar sasara untuk perpindahan kali ini. – Reuters

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here