Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, perlu ditubuhkan selepas PRU14 untuk mengelakkan disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi.

Tun Musa Hitam Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak jangan menyalahgunakan peristiwa hitam itu sebagai satu permainan bola politik.

“Demi mengelak Peristiwa Memali disalahgunakan , penubuhannya dan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selepas berlangsungnya PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berhubung peristiwa itu, Musa berkata ‘ia tidak menjadi masalah baginya’ untuk penubuhan  Suruhanjaya Diraja (RCI),.

“Saya sendiri telah beberapa kali dihubungi dan ditanya pendapat sama ada bersetuju atau tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Memali  untuk mencari fakta dan kebenaran tanpa sebarang prejudis, dan penubuhannya disasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negara,” jelasnya.

“Memandangkan isu ini telah berlaku hampir 32 tahun yang lalu, dan selain daripada penyediaan kertas putih yang diedarkan di Parlimen, tidak ada sebarang tindakan untuk mencari kebenaran dilakukan, saya tidak nampak rasional dan kebijaksanaan untuk melakukannya secara terburu pada masa ini,” katanya.

“Saya yakin semua pihak benar benar serius dan jujur , serta mahu mengetahui latar belakang dan kejadian sebenar Peristiwa Memali, akan bersetuju untuk penubuhan dan prosiding RCI ditangguhkan sehingga selesainya PRU14,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here