Salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka dunia, Burke’s Peerage, mendedahkan bagaimana ratu England, Ratu Elizabeth, adalah keturunan Nabi Muhammad, menurut portal Step Feed yang melaporkan berita dunia Arab.

Kajian yang diterbitkan pada 1986 oleh Burke’s Peerage itu berkata Elizabeth yang kini berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad yang ke-43.

“Ianya tidak diketahui ramai warga Britain yang ratu mereka berketurunan Muhammad. Bagaimanapun, semua pemimpin Islam bangga dengan fakta ini,” kata bekas pengarah penerbitan yayasan itu, Harold Brooks-Baker.

Menurut Step Feed, bekas pengarah penerbitan itu juga menjelaskan bagaimana pertalian darah antara kerabat raja Britain dan Nabi Muhammad terjadi dalam terbitan kajian itu.

“Kerabat raja Britain berketurunan Nabi Muhammad melalui raja-raja Arab dari Seville yang dahulunya pernah memerintah Sepanyol. Menerusi perkahwinan, pertalian darah itu dibawa kepada raja-raja Eropah di Portugal dan Castile dan menerusi mereka, pertalian itu sampai kepada Raja Edward Ke-4 pada kurun ke-15 di England,” katanya.

Abu Al-Qasim Muhammad bin Abbad dari Kerajaan Khalifah Umaiyah yang juga keturunan Nabi Muhammad, adalah pemerintah Islam pertama di Kota Seville, Sepanyol sehinggalah kematiannya pada 1042. Beliau membentuk dinasti Abbasiyah yang bertahan dari 1023 sehingga 1091.

Cucu lelaki Al-Qasim, Muhammad Al-Mu’tamid, memerintah Kordoba di Sepanyol pada 1071 dan diturunkan takhta pada 1091 oleh Almoravid dari Maghribi.

Menurut Harold, Selepas kejatuhan dinasti itu, anak perempuan Al-Qasim, Zaida, mengahwini Raja Alfonso Ke-6 iaitu raja Sepanyol yang memerintah Leon dan Castile. Zaida kemudiannya bertukar menjadi penganut Roman Katolik.

Tambahnya, 2 kurun kemudian, Maria de Padilla yang berketurunan King Alfonso Ke-6 dan Zaida, menimang 4 orang anak dengan Raja Peter dari Castile, yang mana 2 daripada anaknya berkahwin dengan anak-anak lelaki Raja Edward Ke-3 dari England.

Isteri Sir Edmund dari Langley yang juga Adipati Pertama York, Isabella dari Castile, melahirkan Richard dari Conisburgh yang menjadi Earl di Cambridge.

Richard kemudiannya mempunyai anak yang menjadi adipati di York, Richard Plantagenet yang meninggal dunia pada usia 49 tahun. Beliau adalah bapa kepada raja England yang memerintah dari 1547 sehingga 1553 iaitu Raja Edward Ke-4, jelas Harold dalam terbitan kajian itu. – Free Malaysia Today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here