Tiada rasionaliti dalam turunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Kerajaan berpendapat umur matang bagi seseorang warganegara Malaysia adalah 21 tahun dan sebelum umur tersebut, terdapat sebahagian rakyat Malaysia yang masih lagi di peringkat persekolahan dan kemudiannya terlibat dalam pengajian tinggi.

Walaupun terdapat negara yang telah mengurangkan had umur mengundi, adakah remaja 18 tahun di Malaysia boleh dikategorikan sebagai cukup matang dalam memilih calon undi?

Tambahan pula, belia Malaysia yang telah berumur 21 tahun sehingga 30 tahun belum lagi berdaftar, inikan untuk yang berumur 18 tahun.

Sudah ternyata mereka akan dijadikan alat politik yang mudah dan senang untuk mempengaruhi dan mendapatkan undian mereka.

Proses pengundian telah menunjukkan bahawa pada umur 21 itu sendiri telah menunjukkan kematangan pengundi-pengundi mengikut asas-asas mereka.

Secara rasional, rakyat Malaysia umur 18 tahun masih terlalu awal untuk mengundi. Namun,sekiranya peringkat kematangan dilihat semakin baik dan tinggi pada tahap umur tersebut, ia boleh dikaji.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here