israel

Israel merancang untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi baharu dan meningkatkan kehadiran polis di bandar itu.

Agensi berita Palestine Today melaporkan, pelan itu didedahkan ketika Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan diiringi ketua polis rejim Zionis ‘melawat’ kota lama itu pada Ahad lalu.

Lawatan tersebut termasuk melakukan tindakan provokasi menyerbu kawasan pekarangan al-Aqsa.

Menurut laporan tersebut, Erdan mempunyai rancangan untuk bandar itu yang terdiri daripada dua bahagian.

“Bahagian pertama melibatkan penempatan 1,250 anggota polis baru dan pemasangan ribuan kamera. Ia turut melibatkan kenaikan gaji anggota polis yang bertugas di Baitulmaqdis.

“Bahagian kedua rancangan tersebut pula adalah untuk mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi di kota lama terbabit,” jelas laporan itu lagi.

Sejak beberapa dekad lalu, Tel Aviv pernah cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram, memusnahkan tapak bersejarah dan mengusir penduduk Palestin bertujuan untuk ‘mengyahudikan’ kota lama tersebut. – Press TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here