Pemerhatian dibuat Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor mendapati sambutan rakyat kepada parti ini dan dan Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang sangat positif.

Pelbagai program diadakan seperti jamuan hari raya mendapat sambutan yang menggalakan. Ia berjaya diadakan di tempat-tempat yang sebelum ini dianggap sebagai kawasan hitam buat pembangkan.

Namun hari ini ia telah menjadi kawasan mesra AMANAH dan HARAPAN.

Gelombang kebangkitan rakyat ini turut dirasai dengan kejayaan AMANAH serta anggota komponen lain dalam HARAPAN memasuki ruang-ruang atau kawasan-kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno.

Antaranya di kawasan cawangan Umno dan balai raya yang dikuasai oleh Umno sebelum ini.

Perkembangan ini memperlihatkan bahawa HARAPAN kian mendapat sambutan hangat, serta keazaman rakyat mahu berubah secara berani.

Kebanyakan program yang memperlihatkan sambutan hangat rakyat terhadap HARAPAN ini berlaku sejak sebelum 13 Julai lagi, iaitu tarikh wujudnya struktur rasmi gabungan pembangkang serta logonya.

Selain itu, sambutan hangat daripada rakyat ini juga dilihat sebelum wujudnya Janji 100 Hari HARAPAN dan ia membayangkan keberanian rakyat menyatakan pandangan mereka.

Saya yakin selepas struktur dan agenda 100 Hari HARAPAN diberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakyat, sokongan akan lebih meningkat lagi dan BN akan kian terhimpit.

Realiti yang berlaku di peringkat akar umbi adalah selari dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh Invoke pada 5 Jun hingga 14 Julai lalu yang menunjukkan sokongan masyarakat Melayu kepada HARAPAN meningkat kepada 36 peratus berbanding BN 35 peratus dan PAS 14 peratus .

Sokongan masyarakat Cina kepada HARAPAN pula meningkat kepada 53 peratus berbanding BN (22 peratus) dan PAS (1 peratus).

Sokongan masyarakat India pula menunjukkan sebanyak 42 peratus berbanding BN (44 peratus) dan PAS (3 peratus).

AMINOLHUDA HASSAN ialah pengerusi Parti Amanah Negara Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here