Joy Revfa hari ini dilaporkan telah memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Usahawan kosmetik itu berkata tindakan beliau didorong sikap suaminya yang meragui pernikahan mereka.

“Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia. Hafiz Hamidun sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian”

“Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya kepada Berita Harian hari ini.

Difahamkan, Hafiz Hamidun turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka selepas dilihat media berada di mahkamah sama pagi ini.

“Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita,” tambahnya.

Baca lagi: Hafiz Hamidun Dakwa Isteri Berlagak Suci?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here