Pakatan Harapan perlu mengadakan strategi memenangi lebih banyak kerusi parlimen di Semenanjung pada PRU14.

Wong Chin Huat,Pakatan Harapan jangan hanya sasar untuk memenangi 112 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Sekiranya memenangi 95 daripada 165 kerusi parlimen yang ada di Semenanjung, parti-parti di Sabah dan Sarawak mungkin akan meninggalkan BN dan menyertai pembangkang untuk bentuk kerajaan baharu,” katanya seperti disiarkan dalam Oriental Daily.

Chin Huat menjelaskan, sekiranya Pakatan Harapan dapat memenangi 95 kerusi parlimen di Semenanjung, pakatan pembangkang hanya perlu meraih 17 kerusi lagi di Sabah dan Sarawak untuk menjadikan 112 kerusi, sebagai melengkapkan majoriti mudah menggantikan BN menerajui kerajaan pusat.

PRU13 lalu, 165 kerusi parlimen dipertandingkan di Semenanjung, BN memenangi 85 kerusi dan pembangkang, 80 kerusi.

Pakatan Harapan perlu melakukan pembaharuan dan transformasi sekiranya ingin mengambil alih pentadbiran negara daripada BN terutama sekali sistem pilihan raya, parlimen dan jemaah Kabinet.

“Tetapi, tiga dasar utama seperti ekonomi, pendidikan dan bahasa masih memerlukan masa untuk dibincangkan dan mencapai kata sepakat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan sekiranya dapat menerajui kerajaan baharu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik tanah air, Dr Phoon Wing Keong meramalkan, sekiranya BN dapat mengekalkan kuasa pemerintahan dalam PRU akan datang, adalah sukar bagi Pakatan Harapan merampas kuasa dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here