BERSATU dan PKR mungkin bertanding di kerusi melebihi sekutunya dalam pakatan pembangkang Pakatan Harapan, namun mereka berdepan pilihan raya umum yang lebih hebat berbanding sekutu mereka. Ini menjadikan PRU14 suatu medan sukar terutamanya kepada Bersatu.

Itu dapatan kajian “Ramalan Pilihan Raya bagi Pakatan Harapan (PH) di Semenanjung Malaysia (PRU14)” yang dijalankan oleh penyelidik sosial media politik, Politweet. Kajian itu mendapati kebanyakan pengundi di 52 kerusi Parlimen yang ditandingi Bersatu adalah lebih cenderung untuk menyokong Barisan Nasional.

Sejumlah 62% condong kepada BN, manakala 27% memilih pembangkang. Baki 11% merupakan pengundi atas pagar.

medan sukar
Pakatan pembangkang Pakatan Harapan masih memerlukan kerusi di Malaysia Timur bagi mengukuhkan kedudukan mereka untuk memenangi kerajaan persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2018.

Cabaran sengit

Politweet menjelaskan Bersatu yang bertanding di 44 kerusi luar bandar yang majoriti Melayu daripada 52 jumlah keseluruhannya, mendapati sukar untuk menang satu lawan satu dengan BN, apatah lagi pertandingan tiga penjuru.

“Pada pilihan raya lalu, 35 daripada 52 kerusi (diperuntuk kepada Bersatu) ditandingi PAS. Ini bermakna Bersatu akan berdepan dengan cabaran yang lebih hebat dalam pertandingan tiga penjuru dengan PAS (turut bertanding),” kata firma penyelidik itu.

Kerusi lain Bersatu adalah di kawasan bandar (2) dan pinggir bandar (6). Terdapat 2.99 juga pengundi di 52 kerusi yang diperuntukkan.

Pecahan undi PKR

Sekutu PKR lebih baik dengan para pengundi dalam 51 kerusi yang dipertandingkan. Pengundi berpecah 40% kepada pembangkang dan 49% kepada BN. Bakinya adalah pengundi atas pagar.

“PKR bertanding di kerusi campuran dengan pengundi pembangkang dan BN yang seimbang.”

Terdapat 4.31 juta pengundi di 51 kerusi PKR. Kebanyakannya adalah kerusi pinggir bandar iaitu 23 kerusi, dengan 14 kerusi masing-masing di bandar dan luar bandar.

Amanah dapat kerusi mesra pembangkang tetapi…

Parti pecahan PAS, Amanah bertanding di 27 kerusi dengan 2.13 juta pengundi, separuh daripadanya condong kepada pembangkang, 35% kepada BN dan 15% pengundi atas pagar.

Kebanyakan kerusi itu juga kerusi majoriti Melayu luar bandar. Hanya lima kerusi di kawasan bandar dan pinggir bandar.

mat sabu amanah

“Amanah bertanding di kerusi yang sebahagian besar pengundinya adalah pengundi pembangkang.

“Namun oleh kerana 26 kerusi itu ditandingi PAS pada pilihan raya lalu, terdapat pecahan undi yang besar antara dua parti pembangkang itu,” kata Politweet.

PAS merupakan sekutu pakatan pembangkang yang kemudiannya memutuskan kerjasama dengan DAP dan PKR menyebabkan berakhirnya pakatan pembangkang Pakatan Rakyat. Parti Islam itu dijangka untuk bertanding menentang bekas rakan sejawat mereka dan menjadikan pertandingan tiga penjuru.

DAP miliki laluan mudah

DAP dijangka akan mendapat laluan mudah dengan 63% daripada 2.79 juta pengundi di 35 kerusi yang ditandinginya menyokong pembangkang. Pengundi atas pagar adalah 20% juga melebihi 17% pengundi yang menyokong BN.

Daripada 35 kerusi 21 adalah majoriti Cina, 19 kawasan bandar, 11 pinggir bandar dan enam kerusi luar bandar. 12 adalah kerusi campuran dan dua adalah majoriti Melayu.

medan sukar
DAP dijangka akan mendapat laluan mudah dengan 63% daripada 2.79 juta pengundi di 35 kerusi yang ditandinginya menyokong pembangkang.

“DAP bertanding di kebanyaan kawasan bandar dan pinggir bandar yang sebahagian besar pengundinya adalah cenderung kepada pembangkang.

Perlu menangi pengundi BN, lebih kerusi Malaysia Timur

Politweet berkata pilihan raya simulasi menunjukkan dalam pertandingan satu lawan satu antara PH dan BN, pakatan pembangkang akan merampas Putrajaya dengan lima mata sokongan yang memberikan 115 kerusi.

Namun pertandingan tiga penjuru dengan PAS digambarkan akan memberi kelebihan kepada BN.

Politweet berkata sementara PAS mengambil undi anti-BN daripada PH, pakatan itu akan mengatasinya dengan memenangi penyokong pro-BN.

“Sekiranya PH boleh lakukan ini, ia akan mencapai lima mata (sokongan). Ini akan menjurus kepada rekod kemenangan buat PH di Kedah, Johor dan memenangi kerajaan persekutuan.

Politweet berkata, PH juga perlu menang di kerusi Parlimen Malaysia Timur, kerana menang majoriti tiga kerusi tidak mencukupi untuk tubuhkan kerajaan.

“Kekuatan sokongan dan menang di Malaysia Timur adalah penting kepada PH. Oleh kerana kerusi berisiko tinggi, PH perlu mensasarkan 10 atau lebih kerusi tambahan di Malaysia Timur.

“Melihat kepada prestasi pembangkang di Sarawak pada pilihan raya negeri 2016, dan keadaan pembangkang di Sabah kini, kami jangkakan lebih sukar untuk PH memenangi 10 kerusi,” katanya.

Pertandingan sengit buat PH

Kajian berdasarkan data daripada daftar pemilih pada suku pertama 2017, Politweet menganggarkan 44% pengundi keseluruhannya menyokong pembangkang dan 39% menyokong BN. Selebihnya adalah atas pagar.

Corak sokongan telah berubah sejak pilihan raya lalu, katanya.

Pada pilihan raya umum ke 13, peratusan yang sama pengundi cenderung menyokong pembangkang dan 37% BN. Pengundi atas pagar 18%.

“Sentimen pengundi pada PRU14 masih kekal sama dengan PRU sebelum ini, kita boleh jangkakan Bersatu dan Amanah akan memenangi beberapa kerusi,” kata firma penyelidik itu.

medan sukar
Kebanyakan kerusi ditandingi PKR adalah di kawasan pinggir bandar iaitu 23 kerusi, diikuti dengan 14 kerusi masing-masing di bandar dan luar bandar

Ia juga mendapati pengundi baharu di semenanjung hampir sama pecahan antara BN dan pembangkang. Ia dianggarkan 44% menyokong pembangkang sementara 45% kepada BN. Bakinya adalah atas pagar.

Kajian Politweet menyebut persempadanan semula kawasan, yang masih belum disahkan, mungkin memberikan peluang kemenangan kepada BN dalam 10 kerusi yang kini dipegang PAS, Amanah dan PKR.

Kerusi itu adalah Bukit Gantang, Kapar, Sepang, Lembah Pantai, Batu Pahat, Teluk Kemang, Bukit Katil, Hulu Langat, Lumut dan Kuala Nerus.

Antara isu yang perlu ditekankan kata Politweet, adalah kurang minat kepada parti politik di Facebook. Minat ini adalah tinggi pada Disember 2015 iaitu pada 63.57% namun ia turun kepada 29.5% bulan lalu.

Permerhatian di Twitter menunjukkan sokongan lemah kepada parti pembangkang, yang juga petunjuk kepada sokongan pengundi muda akan memberi masalah pada pilihan raya akan datang, menurut firma penyelidik itu.

Pada suku pertama tahun lalu, pengundi di semenanjung terdiri daripada 60.76% Melayu dan Bumiputera Islam, 29.45% Cina, 8.3% India, 1.16% lain-lain dan 0.8% dan 0.15% Bumiputera masing-masing dari Sarawak dan Sabah.

Bagi pengundi baru, 71.3% adalah Melayu, 21.08% Cina, 6.24% India, 1.15% lain-lain, dan 0.16% dan 0.06% Bumiputera masing-masing dari Sarawak dan Sabah. – The Malaysian Insight

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here