pru14

Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) menjadikan misi menawan kembali Kedah menjadi antara agenda utama PRU14 dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 September depan.

Mohamad Sabu, Presiden Amanah berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi konvensyen pada kali ini disebabkan perkembangan parti itu dan Pakatan Harapan yang dilihat begitu subur selain dijangka mampu membawa perubahan peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Konvensyen selama tiga hari itu akan dimulakan dengan majlis kenduri rakyat di Wisma Amanah di Bandar Stargate dan akan disusuli dengan Ceramah Mega Pakatan Harapan pada sebelah malam.

“Pembidato dan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan akan ditampilkan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,  Lim Guan Eng dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Mohamad Sabu berkata, sokongan ramai menunjukkan yang rakyat Kedah mahukan perubahan dan tidak mahu lagi terus ditekan dibawah kerajaan BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here