Setakat jam 2.20 petang, suasana di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar Jalan Kuala Dipang tenang dan berjalan lancar biarpun jumlah pengundi yang hadir untuk membuang undi tidak putus-putus sejak pagi tadi.

Pun begitu, ada antara saluran mengundi yang sudah lengang dan hanya kelihatan seorang dua sahaja yang membuang undi.

Di sekolah sama juga, masih kelihatan barisan panjang pengundi yang menunggu giliran untuk membuang undi terutama di saluran tujuh dan dua.

Tetapi kelihatan masing-masing pengundi yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur sabar menunggu dalam keadaan cuaca yang redup petang ini.

Terdapat 11 saluran mengundi disediakan di pusat pengundian ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here