KERAJAAN persekutuan  menyatakan kebimbangan mereka berhubung cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menambak laut bagi mewujudkan tiga buah pulau dari pantai selatan pulau itu akan mewujudkan satu lagi pesisiran pantai dan memasuki perairan antarabangsa.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, sekiranya projek berkenaan dibenarkan, ia akan mengubah sempadan perairan negara.

“Menambak 3 batu nautika ke luar bererti menukarkan pelantar benua lebih jauh ke laut, dan itu bermakna menceroboh ke perairan antarabangsa.

“Itu bermakna kita membabitkan pihak antarabangsa. Apa Indonesia akan kata mengenai perkara ini?

“Projek ini ada banyak implikasi, bukan sahaja kepada sumber marin dan kehidupan nelayan,” katanya pada sidang media di Sungai Batu, Teluk Kumbar.

Di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berhubung Undang-Undang Laut, pelantar benua ditakrifkan sebagai hamparan dasar laut berdekatan dengan negara, yang memilikinya.

Projek berkenaan – Penang South Reclamation (PSR) – merupakan usaha kerajaan pembangkang Pakatan Harapan untuk memnambak tiga buah pulau berukuran 930 hektar, 445 hektar dan 323 hektar di perairan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.

Pulau berkenaan akan dilelong oleh kerajaan negeri bagi membiayai usaha Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM27 bilion, bagi menyelesaikan masalah trafik yang semakin teruk. Pelan itu termasuk pembinaan rel transit aliran ringan (LRT), monorel dan jajaran kereta api, perkhidmatan bas, jalan dan lebuh raya.

Perintah kajian 

Wan Junaidi berkata beliau telah berunding dan memanggil jabatan-jabatan persekutuan yang berkenaan untuk menghantar laporan mereka mengenai kesan penambakan yang dicadangkan itu.

“Saya mahu laporan penilaian impak perikanan, sosial dan politik. Saya juga mahu laporan dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen), Jabatan Ukur dan Pemetaan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, setakatini pihaknya masih belum menerima laporan impak alam sekitar (EIA) yang perlu dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar
rakan penyampaian projek.

“Namun walaupun saya belum menerima apa-apa laporan teknikal atau terma rujukan berkaitan projek ini, saya perlu katakan saya tidak setuju dengannya kerana implikasi besarnya.

“Reaksi pertama saya berhubung cadangan ini adalah kita tidak boleh ganggu alam sekitar kerana ia akan memberi kesan buruk,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya akan meminta Majlis Perancang Fizikal Negara, yang menentukan projek utama di negara ini untuk mengkaji cadangan rel bandar dan penambakan Pulau Pinang lebih lanjut.

Kerja-kerja penambakan yang sedang giat dijalankan di perairan Gurney Drive, George Town, Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Kerja-kerja penambakan yang sedang giat dijalankan di perairan Gurney Drive, George Town, Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.

Ancam hidupan marin

Wan Junaidi turut memberi amaran penambakan itu akan membunuh plankton yang menjadi makanan kepada hidupan laut, yang boleh menyebab kehilangan sumber manakan laut kepada nelayan yang bergantung kepadanya sebagai sumber pencarian.

Katanya, kajian global memberi amaran menjelang 2048, dunia akan berdepan dengan kepupusan sumber marin.

Sekiranya projek PSR diteruskan, ia akan mempercepatkan proses itu di Pulau Pinang, katanya.

“Kita akan kehilangan sumber makanan laut lebih cepat di Pulau Pinang. Ini adalah masalah yang dihadapi dunia,” katanya.

Wan Junaidi berkata pihak berkuasa persekutuan boleh mengisytiharkan taman laut sebagai langkah untuk melindungi sumber marin, namun ia tidak akan berhasil sekiranya kerajaan negeri mahu menambak laut.

Jangan hanya kejar wang

Berikutan banyak kebimbangan menegnai penambakan itu, Wan Junaidi berkata Pulau Pinang tidak seharusnya hanya memikirkan tentang pembangunan semata-mata, terutamanya apabila ia boleh menjejaskan alam sekitar dan sumber kehidupan orang lain.

“Jangan terlalu ghairah untuk mengejar wang dan ringgit,” katanya.

Menteri itu berkata kerajaan negeri memiliki kuasa perlembagaan berhubung perkara seperti sumber asli, termasuk tanah dan laut; manakala kementerian hanya terbabit dengan panduan dan pentadbiran.

“Tetapi EIA masih di bawah bidang kuasa kementerian. Sekiranya kami tidak luluskan, kami harap kerajaan negeri tidak meneruskan penambakan.

“Jangan jadi seperti insiden runtuhan lereng bukit, kementerian kata jangan, tapi pihak berkuasa negeri tetap teruskan juga dan 11 orang mati,” katanya.

Wan Junaidi merujuk kepada insiden yang berlaku di Pulau Pinang pada Oktober, apabila lereng bukit di tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang runtuh dan menyebabkan 11 pekerja tertimbus termasuk penyelia tapak projek warga Malaysia.

Kementerian itu berkata Jabatan Alam Sekitar telah menolak permohonan pemaju untuk projek pembinaan apartmen di kawasan berkenaan, yang berdekatan dengan kuari batu granit.

Terdahulu, Wan Junaidi menghadiri program jamuan rakyat bersama penduduk tempatan, yang kebanyakannya adalah nelayan. Program itu dianjurkan secara bersama oleh pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau dan Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan.

Beliau turut menerima notis bantahan Persatuan Nelayan terhadap projek penambakan itu.

Projek penambakan yang dirancang turut dibimbangi akan menjejaskan sumber pencarian nelayan di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.
Projek penambakan yang dirancang turut dibimbangi akan menjejaskan sumber pencarian nelayan di Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Disember, 2017.

Permainan politik. 

Kerajaan persekutuan membantah rancangan penambakan kerajaan Pulau Pinang dari awal sejak awal lagi, dan menyatakan sokongan mereka kepada komuniti nelayan tempatan yang membantah cadangan penambakan itu kerana bimbang sumber pencarian mereka terjejas.

Beberapa bulan lalu, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu nelayan bahawa Putrajaya tidak akan menyokong projek yang menjejaskan alam sekitar pada lawatannya ke Balik Pulau untuk menghadiri mesyuarat Umno bahagian.

Hari ini, Ahli Parlimen Balik Pulau Dr Hilmi Yahaya berkata, rancangan penambakan itu perlu dihentikan bagi melindungi kehidupan marin dan kepentingan nelayan.

“Kami berharap projek ini tidak diteruskan,” katanya, yang turut mempersoalkan tentang PTMP.

“Berapa ramai yang akan menggunakan LRT? Adakah masyarakat di Batu Feringghi akan memandu ke stesen dan menaiki tren ke tempat kerja di zon perindustrian?

“Setiap rumah ada kereta dan motosikal. Akhirnya, mereka yang naik LRT adalah warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.”

Hilmi berkata kerajaan Pulau Pinang tetap akan “menang” tidak kira apa yang berlaku terhadap rancangan penambakan itu.

“Sekiranya mereka tidak dapat laksanakannya, mereka akan katakan kerajaan persekutuan membantah rancangan itu,” katanya.

Kerusi Parlimen Balik Pulau dirampas kembali dari PKR oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 1,549 undi. BN turut mengekalkan tiga kerusi negeri – Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Teluk Bahang – dengan majoriti antara 400 hingga 800 undi.

Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan, juga maklum dengan kemenangan tipis di kawasan itu.

“Terdapat 1,500 nelayan di Balik Pulau. Sekiranya mereka marah kepada kita, kita akan kalah.

“Kita bimbang dengan mereka. Kita mengenali komuniti nelayan ini. Kita perlu bantu mereka dan melihat sumber pencarian mereka tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Nazri Ahmad berkata, nelayan akan terus berjuang bagi membantah cadangan penambakan itu.

“Ia akan menjejaskan sumber pencarian kami. Kami adalah nelayan. Kami tidak boleh buat kerja lain,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here