tnb
BUKIT BERUNTUNG 25 NOVEMBER 2016. Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan kerja penukaran mangkuk penebat di pencawang masuk utama Bukit Beruntung. NSTP/SADDAM YUSOFF

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat pertama membangunkan projek Solar Berskala Besar (LSS) untuk negara.

Menurut kenyataan TNB, projek bernilai lebih RM300 juta itu dilaksanakan anak syarikat milik penuh TNB, TNB Sepang Solar Sdn Bhd yang memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) pada awal Mac lalu untuk tempoh 21 tahun.

“Pembiayaan dan keperluan modal kerja sebanyak RM339 juta bagi projek itu diperoleh TNB Sepang Solar daripada Affin Islamic Bank pada 19 Julai lalu.

“Projek LSS dibina di atas tapak berkeluasan 98 hektar yang dijangka siap pada November ini juga akan meningkatkan lagi kapasiti penjanaan RE TNB daripada 23.2MW kepada 73.2MW.,” kata kenyataan itu.

“Projek tersebut bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar menerusi peluang-peluang pekerjaan ketika ia dibangunkan dan kemudiannya akan memberi pendedahan kepada masyarakat, khususnya para pelajar mengenai teknologi solar dan operasi projek penjanaan solar,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here