Latihan persedian polis untuk fasa kedua bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari ini, secara serentak di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, latihan pada fasa kedua itu, membabitkan penamaan calon dan tempoh berkenaan.

“Susulan latihan dua har ini, pada hujung bulan ini akan diadakan satu lagi latihan membabitkan latihan hari pembuangan undi dan pasca pilihan raya.

“Sebelum ini, latihan ketenteraman awam sebagai persediaan menghadapi pilihan raya selama tiga hari berturut-turut sudah selesai dijalankan serentak di seluruh kontinjen.

“Latihan persiapan¬† PRU ini membabitkan lima fasa merangkumi sumber manusia, latihan¬† dan logistik bagi meningkatkan keupayaan pasukan polis menghadapi situasi berbeza sebelum dan selepas PRU,” katanya, pada sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah, di Dewan Tan Sri Khalid di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

Menurutnya, latihan persedian itu untuk menyediakan 64,000 pegawai dan anggota untuk bertugas pada PRU14, di seluruh Malaysia.

“Polis Kontinjen Kedah membabitkan seramai 5,200 pagawai dan anggota yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum kali.

“PDRM akan menggunakan kekuatan maksimum pegawai dan anggota mereka di semua pusat mengundi terutamanya pada hari mengundi. Dengan latihan ini, ia membolehkan PDRM menilai dan melihat kekurangannya untuk menambahbaik persiapan PRU dengan lebih lancar,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 juta bagi membaikpulih dan menaiktaraf 15 blok berek polis Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras.

“Pembaikan dan baik pulih berek-berek polis berada dalam keadaan bahaya membolehkan anggota PDRM menarik nafas lega untuk menjalankan tugas tanpa memikirkan masalah-masalah lain.

“Kita berharap semua lapisan dan pegawai PDRM dapat tempat tinggal dalam keadaan lebih selesa dan kondusif, selepas ini,” katanya.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here