KUCHING – Polis merampas beberapa sepanduk yang dianggap mempunyai unsur sensitif dan boleh mengaibkan individu, daripada peserta perhimpunan Bersih 4 di Padang Song Kheng Hai di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata sebelum peserta memasuki padang, polis terlebih dahulu membuat pemeriksaan dan merampas sepanduk-sepanduk berkenaan daripada mereka.

“Kita dapati ada peserta cuba bawa sepanduk-sepanduk berunsur sensitif tetapi telah dinasihatkan (tidak berbuat demikian) dan kami ambil sepanduk itu daripada mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang berkenaan.

Selain itu, katanya polis turut menasihatkan peserta yang membawa kanak-kanak supaya menghantar mereka pulang sebelum boleh memasuki kawasan perhimpunan.

Membawa kanak-kanak ke perhimpunan adalah perbuatan yang melanggar Seksyen 20(1) (c) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Sumber: BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here