Plot untuk membunuh Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May telah berjaya digagalkan, lapor Sky News pada Selasa, dengan memetik sumber.

Polis percaya rancangan itu dilakukan dengan melancarkan sejenis alat letupan di kediaman perdana menteri itu di Downing Street dan serangan untuk membunuh Theresa May dilakukan dalam keadaan huru-hara.

Sky News melaporkan rancangan itu telah diketahui selama beberapa minggu oleh pihak berkuasa Scotland Yard, MI5 dan Polis West Midlands.

Terdahulu hari ini, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata Britain telah menggagalkan sembilan plot dalam tempoh 12 bulan yang lalu. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here