Sunday, June 24, 2018
Home News Biz PM Umum Abdul Wahid Pengerusi JKE

PM Umum Abdul Wahid Pengerusi JKE

0
299

1200x-1

PUTRAJAYA 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang berfungsi mempertimbangkan perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, antaranya termasuk isu-isu semasa seperti nilai Ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

“JKE akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada awal minggu hadapan dan segala cadangan serta hasil perbincangan akan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri.

“Selain Abdul Wahid, JKE itu juga dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan. Kita juga akan menjemput mana-mana pihak menyertai mesyuarat JKE yang difikir boleh memberi cadangan kepada usaha melonjakkan ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here