Najib yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan ucaptama dan merasmikan World Economic Forum 2017 (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini untuk menghadiri beberapa acara di bandar raya ini bermula hari ini dan Rabu.

Najib tiba menaiki pesawat khas  pada pukul 7.10 malam.

Ketibaan Najib disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Pada sebelah malam, Najib dijadual menghadiri Malam Gala WIEF di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya.

WIEF ke-13 di BCCK akan berlangsung bermula esok hingga Khamis dan antara penceramah yang akan berkongsi pengalaman mereka ialah pengasas bersama Apple Inc, Steve Wozniak.

Pada Rabu, Najib dan Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-12.

Sebagai rekod, Majlis Perundingan Tahunan ke-11 diadakan di Istana Presiden di Jakarta.

Kali terakhir bandar raya Kuching menjadi lokasi Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ialah pada 2003. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here