Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kemelesetan ekonomi kesan kejatuhan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, GST adalah sistem percukaian yang sangat progresif dan berupaya menampung perbelanjaan negara, malah 165 negara turut melaksanakan sistem percukaian berkenaan.

“Apabila harga minyak jatuh, merudum daripada AS$110 kepada AS$30 setong, sepatutnya Malaysia sebagai sebuah ekonomi, kita terjerumus kepada ‘recession’ (kemelesetan) tetapi kita tidak ada melalui ‘recession’.

“Bila ada ‘recession’, ekonomi menguncup. Bila ekonomi menguncup orang kena buang kerja, peluang perniagaan terbatas, orang susah dan sebagainya tetapi keadaan hidup berjalan macam biasa tidak ada apa-apa kesan.

“Minyak turun merudum pun kita masih lagi tidak buang penjawat awam, perbelanjaan kerajaan berjalan seperti biasa walaupun ada sikit pengurangan, tetapi umumnya orang tidak dapat kesan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi kepada negara kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here