Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan terperinci berhubung kes pemindahan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, seperti yang didedahkan semalam.

Beliau berkata, tindakan akan diambil jika terdapat kecuaian atau salah laku dalam pemindahan itu.

“Saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku, berasaskan laporan siasatan.

“Kepentingan Felda dan peneroka mesti┬ásentiasa kita jaga dalam seagala usaha pembangunan,” katanya di Twitter, hari ini.

Beliau juga berkata telah mengarahkan Felda untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan badan itu.

Berita Harian semalam melaporkan, Felda berisiko hilang pemilikan tanah bernilai kira-kira RM270 juta di Jalan semarak, Kuala Lumpur, ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa “meragukan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here