Pengaruh Tun Mahathir di dalam Pakatan Harapan sangat besar jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang terdahulu. Jika dilihat kepada pencaturan Tun M, beliau dilihat cenderung kepada Azmin Ali berbanding anaknya sendiri iaitu Mukhriz Mahathir untuk menjadi calon Perdana Menteri pada masa depan.

Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman PPBM, Tun Mahathir melihat Azmin sebagai calon yang sesuai bagi mengemudi Pakatan Harapan berbanding Anwar Ibrahim sendiri. Dengan kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor dan kebanyakan rakyat Selangor sendiri berpuas hati dengan gaya kepimpinan Azmin. Walaubagaimanapun, Tun Mahathir tetap mahu Mukhriz diletakkan dalam satu kedudukan yang tinggi dalam saf kepimpinan Pakatan Harapan. Malah, saingan yang kuat daripada beberapa pemimpin muda PKR akan menghalang peluang Mukhriz.

Penganalisis politik daripada Merdeka Centre, Ibrahim Suffian menyatakan bahawa peluang Pakatan Harapan menjadi lebih cerah untuk memenangi PRU 14 jika Azmin adalah calon PM manakala Mukhriz sebagai calon TPM. Walau bagaimanapun, Ibrahim berkata, cadangan sedemikian terlalu lambat untuk dibuat kerana majoriti parti PH telah membuat keputusan.

Namun, Tun Mahathir telah menyiapkan langkah jangka panjang bagi meletakkan orang muda untuk mengemudi pakatan pembangkang, cuma di mana tempat untuk Anwar Ibrahim?

BEN RAZIF adalah kolumnis bebas Malaysian Access yang telah lama menyepi dan kini kembali untuk mengkaji sisi gelap BN dan Pakatan Harapan. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here