PKR sedia berunding bersama Pas khususnya mengenai kerjasama menjelangnya PRU14.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR berkata, masih belum terlambat untuk kedua-dua parti itu berunding demi masa depan bersama.

“Kita masih menunggu jika Pas sedia berunding, tapi kita faham pada masa ini keputusan Pas masih tetap iaitu bergerak sendiri.

“Kami beri masa untuk Pas memberi kata putus,” katanya.

Beliau bagaimanapun menolak pertemuannya dengan Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bersifat politik.

“Itu hanya ziarah biasa kepada Abdul Hadi¬†yang baru menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

“Tidak ada langsung kami berbincang ke arah itu. Sabar, nanti kalau semua selesai, kalau Pas mahu berbincang mengenai perkara itu, PKR sedia bekerjasama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here