PKR melancarkan aplikasi Android yang dinamakan Spera, yang dikatakan dapat membantu pengundi mengesan sama ada terdapat pengundi hantu di daerah mengundi mereka.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan menggunakan aplikasi itu, pengundi boleh menyemak sendiri status pengundian dan mengenal pasti jika wujud pengundi hantu di mana-mana pusat membuang undi.

“Sistem itu akan menghantar maklumat mengenai pengundi hantu, pengundi berulang dan pengundi yang telah meninggal dunia dengan memeriksa data di Spera,” kata Nurul Izzah kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Spera, yang dilancarkan semalam, boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play.

Dalam satu kenyataan semalam, naib presiden PKR itu berkata aplikasi itu dibangunkan dengan matlamat melawan penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses pilihan raya.

Beliau juga meramalkan pilihan raya akan datang akan menjadi pilihan raya “paling kotor”.

“Saya berharap “Spera’ akan membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk bergiat lebih aktif dan kedepan dalam proses demokrasi.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here