E-kad

Ketua Biro Pekerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pusat, Fasyarini Azahari mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan berlaku pemalsuan ‘Enforcement Card’(E-Kad).

Ia susulan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang dipetik berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 40 E-Kad palsu digunakan oleh Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) ketika program itu dilancarkan 15 Februari lepas.

Tegasnya, tindakan pihak tertentu memalsukan dokumen tersebut wajar dipandang serius dan dihentikan.

“Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan serius terhadap dalang terbabit dalam pemalsuaan dokumen tersebut.

“Kita bimbang masalah kebanjiran pekerja asing dinegara ini tidak akan berjaya dibendung jika jenayah seperti ini terus berleluasa.

Mustafar sebelum ini mendedahkan, pihaknya pernah menahan seorang warga Bangladesh yang memiliki lapan E-Kad palsu selain terdapat percubaan memalsukan dokumen tersebut oleh ejen pekerja asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here