KAHERAH, MESIR -Mesir akan melaksanakan pilihan raya perundangannya yang pertama semenjak Presiden Abel Fattah al-Sisi mengambil alih jawatan presiden negara tersebut. Pilihan raya ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat antara 17 Oktober hingga 2 Disember depan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada awalnya, pilihan raya dijadualkan pada awal tahun lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali atas alasan undang-undang berikutan tuduhan kumpulan hak asasi berhubung tindakan keras rejim Sisi terhadap pembangkang Islam.

Dalam sistem pilihan raya terdiri daripada 568 anggota Parlimen itu, pengundi yang tinggal di luar negara akan mengundi pada 17 Oktober, diikuti dua hari kemudiannya untuk pengundi di 14 daripada 27 wilayah di negara itu.

Pilihan raya penentu di kawasan pilihan raya sama akan diadakan pada 26, 27 dan 28 Oktober.

Bagi baki pengundi di luar negara dan di dalam negara akan mengambil bahagian dalam pusingan pertama pada 21, 22 dan 23 November, diikuti pilihan raya penentu pada 1 dan 2 Disember.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here