Pimpinan pusat Pakatan Harapan (PH) sedia campur tangan bagi menyelesaikan pembahagian kerusi DUN yang sukar diselesaikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PH berkata walaupun tugas rundingan di peringkat DUN diserahkan kepada PH negeri, namun pimpinan pusat sedia membantu menyelesaikannya jika parti-parti komponen negeri gagal mencapai kata sepakat.

“Kalau di peringkat negeri tak dapat selesaikan dan memerlukan pasukan dari peringkat nasional untuk bantu, tak ada masalah, contohnya seperti rundingan di kerusi-kerusi yang hangat dan nak minta pusat duduk bersama dengan negeri.

“Bukan sahaja di Kelantan tapi di negeri-negeri lain yang perlu campur tangan dari nasional, kita akan bantu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PPBM di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung kesediaan PH Kelantan membawa masalah berkaitan pembahagian kerusi DUN ke PH pusat.

Ink ekoran isu pembahagian 14 kerusi DUN Kelantan belum menemui kata putus walaupun sudah 6 kali pertemuan diadakan.

Semalam, Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata isu pembahagian kerusi DUN di Kelantan belum dimuktamadkan dan rundingan masih berjalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here