KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) melancarkan petrol terbaharu, PETRONAS PRIMAX 97 dengan Formula Tenaga Maju yang dipertingkatkan, dirumus khas bagi pecutan unggul.

 

Bahan api itu juga menepati spesifikasi Euro 4M yang mempunyai tahap sulfur, benzena dan Tekanan Wap ‘Reid’ (RVP) lebih rendah. Ia sekali gus menjadikannya bahan api yang lebih mesra alam kerana hasil pelepasan dan pencemar lebih rendah berbanding bahan api Euro 2M Ron 97 sebelum ini.

 

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin di sini hari ini. – Berita Harian

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here