Petron Malaysia (Petron) hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan syarikat itu menawarkan harga petrol RON95 serendah RM1.85 seliter berbanding harga pasaran sebenar, RM2.31 seliter.

Petron melalui laman rasmi Facebooknya menasihati supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penularan makluman palsu berkenaan.

“Petron atau mana-mana wakil pihak Petron tidak pernah mengeluarkan kenyataan begini. Sila abaikan poster tersebut kerana ia adalah tidak benar.

“Terima kasih kerana melaporkan kepada kami akan perkara ini. Kami telah melanjutkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Hari ini, sekeping gambar dengan kenyataan ‘Petron umum penurunan harga RON95 kepada RM1.85 di Petron seluruh Malaysia’ tular.

Harga runcit mingguan hari ini bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.31 seliter dari RM2.24.

Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.60 dari RM2.54 seliter. Harga diesel pula naik 3 sen, menjadi RM2.20 dari RM2.17.-SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here