Legenda Liverpool, Jamie Carragher membidas kerapuhan benteng Liverpool yang disifatkannya lemah dan mudah diperdaya lawan selepas dibelasah 5-0 Manchester City di Stadium Etihad.

Menurutnya, pengendali Jurgen Klopp perlu mencari kombinasi sesuai di pertahanan tengah selain merombak semula barisan pertahanan.

Malah kata Carragher, tindakan Klopp yang tidak menurunkan Dejan Lovren sebaliknya menggantikannya dengan Ragnar Klavan mengundang bencana kepada The Reds.

“Saya tahu Lovren tidak cergas sepenuhnya untuk bermain, tapi sebagai pemain pertahanan tengah, dia perlu bersedia untuk bermain 40 hingga 50 perlawanan setiap musim.

“Saya tidak mahu menyalahkan Klavan tetapi dia (Klavan) masih belum mampu bermain perlawanan besar sebegini,” katanya.

Justeru katanya, kekalahan besar kepada The Citizens harus menjadi pengajaran dan jalan penyelesaian segera kepada masalah tersebut.

“Bagi saya, kita sudah cukup lengkap pemain di bahagian serangan dengan adanya Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino. Perhatian khusus perlu diberikan kepada pertahanan yang tempang,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here