Jendela perpindahan telah ditutup selepas satu lagi musim panas di Liga Perdana Inggeris yang ‘mahal’ dan menyaksikan beberapa kelab berbelanja besar.

Manchester United dan Chelsea mencatatkan tawaran terbesar dengan menandatangani Romelu Lukaku dan Alvaro Morata, tetapi kelab lain juga tidak kurang ‘ligat’ mengeluarkan wang untuk membeli pemain pilihan masing-masing.

Bermula dengan perpindahan Lukaku ke Manchester United sehinggalah Alex Oxlade-Chamberlain ke Liverpool, berikut 10 tawaran Liga Perdana paling mahal dalam perpindahan musim ini.

Romelu Lukaku – £75 juta, Everton ke Manchester United

Romelu Lukaku

Lukaku nampak seperti akan kembali ke Chelsea sebelum Manchester United menjadikannya pemain kedua paling mahal dalam sejarah kelab mereka. Pemain Belgium itu tiba di Old Trafford dengan menjaringkan 71 gol dalam 133 penampilan untuk Everton.

Alvaro Morata – £70 juta, Real Madrid ke Chelsea

Morata

Setelah terlepas mendapatkan Lukaku, Chelsea mula menyasarkan Morata untuk menggantikan Diego Costa. Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu mempunyai peranan besar untuk dimainkan dan yuran rekod kelab itu nampaknya tidak sia-sia apabila dia menunjukkan permulaan yang baik dalam perlawanan awal. Malah, dia adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana yang menjaringkan gol dan melakukan assist dalam setiap dua penampilan sulung untuk kelabnya.

Alexandre Lacazette – £52 juta, Lyon ke Arsenal

Lacazette

Arsenal memecahkan rekod perpindahan mereka untuk membawa masuk Lacazette. Pemain antarabangsa Perancis itu mencatatkan rekod pencapaian hebat di kelab Lyon, dan Arsene Wenger kini berharap dia boleh memberikan impak yang sama untuk Gunners. Menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya melawan Leicester adalah permulaan yang baik.

Kyle Walker – £50 juta, Tottenham Hotspur ke Manchester City

Kyle Walker

Walker menjadi pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah apabila dia melengkapkan perpindahan £50 juta dari Spurs ke Manchester City. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain penting untuk pasukan Mauricio Pochettino, dan kini kelihatan bakal memikul tugas berat dalam pasukan City yang kurang menyengat dalam musim lalu.

Benjamin Mendy – £49.2 juta, Monaco ke Manchester City

Benjamin Mendy

City terus berbelanja dengan melengkapkan perjanjian £49.2 juta untuk Mendy. Pemain berusia 23 tahun itu membintangi Monaco musim lepas, membantu mereka merangkul gelaran Ligue 1 dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Seperti Walker, dia mempunyai sifat fizikal untuk bermain di bahagian atas dan bawah padang serta mampu memberi sumbangan di kedua-dua kawasan.

Naby Keita – £48 juta (tambah bayaran premium yang tidak didedahkan), RB Leipzig ke Liverpool

Naby Keita

Selepas gagal dalam percubaan mereka untuk menandatangani Naby Keita musim panas ini, Liverpool bersetuju dengan perjanjian bersama RB Leipzig untuk membawanya ke Anfield dalam masa setahun. The Reds telah membayar klausa pelepasan £48 juta berkuat kuasa musim depan, serta premium yang tidak didedahkan. Ia satu langkah luar biasa yang menunjukkan betapa tingginya Jurgen Klopp menilai pemain berusia 22 tahun itu.

Gylfi Sigurdsson – £45 juta, Swansea ke Everton

Sigursson

Sigurdsson akhirnya memeterai perpindahan £45 juta dari Swansea ke Everton selepas berdepan kemelut panjang pada pertengahan Ogos. Pemain antarabangsa Iceland itu mempunyai banyak tugas yang perlu dilakukan untuk menunjukkan nilai harganya, tetapi Ronald Koeman akan gembira jika dia dapat menyumbangkan lebih banyak gol seperti yang dilakukannya musim lalu.

Bernardo Silva – £43 juta, Monaco ke Manchester City

Bernardo silva

Guardiola menyokong pilihan penyerangnya dengan tawaran besar untuk Silva pada akhir bulan Mei. Pemain Portugal itu cemerlang pada musim lalu di Monaco dengan menjadi pemain utama dalam hampir semua perlawanan  di Ligue 1 dan akhirnya memenangi gelaran.

Nemanja Matic – £40 juta, Chelsea ke Manchester United

Matic

Agak mengejutkan apabila Chelsea memutuskan untuk menjual Matic kepada salah satu saingan utama mereka dan keputusan itu lebih dipertikaikan setelah pemain asal Serbia itu kembali menunjukkan prestasi memberangsangkan di Old Trafford. Antonio Conte telah melabelkan Matic sebagai  satu kerugian besar tetapi ia mungkin satu keuntungan bagi Manchester United.

Alex Oxlade-Chamberlain – £40 juta, Arsenal ke Liverpool

Chamberlain

Salah satu pemindahan paling dramatik musim panas ini menyaksikan Oxlade-Chamberlain beralih ke Liverpool beberapa hari selepas bersama Arsenal di Anfield. Pemain antarabangsa England itu menolak gaji yang lebih tinggi di Arsenal dan menolak peluang untuk menyertai Chelsea semata-mata mahu bersama Klopp, yang telah berjanji untuk meletakkannya di posisi tengah yang menjadi pilihannya. – Skysports & MStar Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here