KUALA LUMPUR: Permohonan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia untuk menukar nama kepada Parti Amanah Negara (PAN) belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata sehubungan itu, parti berkenaan tidak dibenarkan sama sekali mengadakan sebarang program atas nama PAN selagi pertukaran nama itu belum diluluskan pindaan oleh ROS selaras ketetapan yang diperuntukkan mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, pertubuhan atau parti yang melanggar peruntukan seksyen itu boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 terhadap parti dan setiap pemegang jawatannya.

“ROS telah menerima notifikasi daripada pihak Workers’ Party of Malaysia (Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia) mengenai pelantikan baru Ahli Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan pada 25 Ogos lalu.

“Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baru ini terdiri daripada bekas ahli PAS yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here