Skuad bawah 22 tahun negara akan membuka tirai pemburuan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berdepan Brunei di Stadium Shah Alam pada 14 Ogos hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Brunei dan Laos.

Acara bola sepak lelaki akan diadakan di empat gelanggang termasuk Stadium Shah Alam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena, Kuala Lumpur.

Tambahan satu lagi gelanggang iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil (jika Malaysia layak ke final) manakala acara bola sepak wanita diadakan di dua venue iaitu Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena.

Hanya acara bola sepak lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan disusuli peringkat separuh akhir dan final. Bagi acara bola sepak wanita serta futsal lelaki dan wanita dijalankan secara liga sepusingan dengan penentuan pingat emas, perak dan gangsa adalah berdasarkan kedudukan mata selepas semua pasukan beraksi empat perlawanan.

Acara futsal lelaki dan wanita pula akan diadakan di satu gelanggang saja iaitu di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Berikut adalah jadual Sukan SEA yang berlangsung pada Isnin:

BOLA SEPAK
(Stadium Selayang)

Kumpulan A Lelaki:

i. Myanmar lwn Singapura, 4 petang

ii. Malaysia lwn Brunei, 8.45 malam

BOLA JARING (Stadium Juara, Bukit Kiara)

Pusingan Awal:

i. Malaysia lwn Thailand, 3.15 petang

ii. Brunei lwn Singapura, 5.30 petang – BERNAMA

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here