nuklear

Khamis yang lalu, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Antarabangsa Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat sempena persidangan Sesi ke-72 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNGA ke-72).

Dengan menandatangani antarabangsa antarabangsa perjanjian itu, Malaysia telah berganding bahu dengan negara lain dalam mengusulkan satu mesej politik yang tegas bahawa pengunaan senjata nuklear hendaklah ditolak, serta menggesa supaya senjata bekenaan dihapuskan dengan segera.

Penjanjian antarabangsa berkenaan mula mendapat tempat pada 7 Julai 2017 yang lalu dimana majoriti negara dunia di PBB telah memberi persetujuan mereka untuk menyokong kewujudan Perjanjian Pengharaman Senjata Nuklear (Dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons atau Nuclear Weapon Ban Treaty). Perjanjian ini adalah yang pertama dibuat dalam sejarah bagi mengharamkan pembangunan dan pengunaan senjata nuklear.

Sebanyak 122 buah negara termasuk Malaysia telah bersetuju terhadap penjanjian berkenaan yang bakal dikuatkuasakan pada hujung tahun ini. Netherlands telah menolak penjanjian terbabit manakala Singapura pula mengambil langkah untuk berkecuali. Sebanyak 69 buah negara dunia termasuk dikalangan negara – negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Rusia telah menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong perjanjian ini dan tidak memberi undi mereka terhadap perjanjian berkenaan atas pelbagai alasan.

Langkah yang diambil oleh 69 buah negara ini sedikit sebanyak akan membantutkan segala usaha untuk mengharamkan pembangunan dan pengunaan senjata nuklear. Ia juga menjadikan perjanjian terbaru mengenai pengharaman senjata nuklear yang baru sahaja ditandatangani oleh Malaysia sebagai satu perjanjian yang tidak membawa sebarang makna.

Langkah yang diambil oleh negara – negara yang enggan menandatangani perjanjian terbabit juga akan menghantar isyarat yang jelas kepada negara – negara yang mempunyai rekod buruk hak asasi manusia seperti Israel dan Korea Utara untuk terus berdegil membangunkan program senjata nuklear mereka.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi semua negara dunia yang telah menyatakan persetujuan mereka terhadap penjanjian berkenaan termasuk Malaysia untuk kekal bersatu dan mengambil segala usaha dan langkah yang perlu bagi mempelawa negara – negara yang masih belum memberi persetujuan terhadap perjanjian berkenaan untuk menyokongnya.

Hanya melalui sokongan semua negara dunia, pengunaan senjata nuklear dapat dibendung dan dihapuskan sepenuhnya bagi menjamin masa depan dunia yang lebih aman dan makmur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here