“Kami sedar banyak ketidakpuasan dalam kalangan rakyat di negeri ini terutama melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pusat, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Menurut Tun Mahathir, rakyat di Sarawak mahukan hak-hak minyak dan gas mereka semula, begitu juga dengan bidang pendidikan dan perkara lain.
“Kita akan mendapatkan maklum balas daripada rakyat Sarawak dan Sabah berhubung ketidakpuasan mereka dan kita akan pastikan perkara ini dipenuhi jika kita membentuk kerajaan,” ujarnya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Tun Mahathir berkata jika PH mendapat mandat dan berjaya membentuk kerajaan, beliau memberi jaminan segala projek dan usaha di negeri ini akan diteruskan seperti projek Lebuh Raya Pan Borneo dan sebagainya.

Mengulas kehadiran Tun Mahathir ke Sarawak, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hak Sarawak dibawah MA63 banyak terhakis ketika dibawah pemerintahan Tun Mahathir.

“Alangkah lebih elok sekiranya Tun Mahathir mempunyai iltizam dan keprihatinan sedemikian ketika memegang tampuk pemerintahan negara dahulu,” ujar beliau. – Sarawakiana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here