Rakyat Malaysia menerima dengan gembira apabila penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa beliau sudah hamil 4 bulan.

Wajah keterujaan penyanyi itu terserlah pada malam tersebut ketika beliau berkongsi dengan para wartawan berita gembira itu sekaligus menjawab persoalan mengapa beliau menyepi selama 4 bulan ini.

Seorang wartawan senior Utusan Online, Tengku Khalidah Tengku Bidin, semalam memuat naik satu perkongsian ke Facebook yang merupakan perbualan beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza pada awal tahun ini.

Perbualan yang agak menyedihkan itu jelas membuatkan pengikut-pengikut Tengku Khalidah merasa hiba atas ujian yang telah ditempuh oleh Datuk Siti.

Menurut Tengku Khalidah, banyak yang diperbualkan oleh Siti dan beliau namun ada satu yang berbekas di jiwanya sampai sekaran.

Satu yang berbekas di jiwa saya sampai sekarang.

“Siti dah pasrah. Kalau ditakdirkan takda rezeki untuk Siti mengandung, takda rezeki untuk ada zuriat sendiri, Siti dah reda (redho).

“Siti percaya, dalam berkasih sayang dengan suami, bukan hanya anak yang menjadi keutamaan. Ada banyak lagi cara lain yang boleh kita pupuk untuk terjemahkan kasih sayang Siti dan suami.”

Demikian dia berkongsi rasa. Saya renung dia. Kemudian saya tanya lagi sekali, pastikah Siti reda? Jika tidak juga diberikan rezeki?

Jari jemari dia menari-nari, kanan di atas kiri. Dia pandang arah sebuah kusyen empuk yang ada atas pahanya. Bab ini sangat sensitif untuk dibicarakan, tetapi dia kekal ‘memberi’.

Tidak menjadikan bicara zuriat sesuatu yang tabu sama sekali (meskipun saya yang bertanya beberapa kali sangsi, bimbang hati dia terluka), dia masih santai santai dan sudi berkongsi lalu kemudian dia memberitahu.

“Siti masih berusaha. Siti takkan kalah berdoa dan berdoa dan Siti percaya kepada rezeki. Tetapi kalau takdirnya sampai ke tua Siti tak diberi rezeki itu, Siti reda jua.”

Saya pula yang nak menangis waktu itu. Dalam hati, saya kata kepada diri sendiri “Ya Allah, hebatnya hambaMu yang seorang ini menerima takdir dan rezeki hidupnya. Dia sangat tahu apakah maknanya menjadi seorang hamba yang tertakluk kepada Qada’ dan Qadar yang Engkau berikan bersama semua kelahiran.”

Diharap agar Datuk Siti dan kandungannya baik-baik saja sekarang dan semoga semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here