Pertelingkahan di Selangor seakan-akan tidak menemukan titik noktah apabila isu pengagihan kerusi DUN terus dipertingkaikan antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.

PKR, DAP, Amanah dan PPBM tidak henti-henti bertikam lidah dan tuding menuding menjadi jalan penafian bagi menutup kegagalan masing-masing. Dan serang menyerang juga berlaku antara pemimpin setiap parti.

Malah, Pengerusi Amanah juga telah menyelar sikap Azmin Ali kerana telah membelakangkan parti lain. Hal ini disebabkan Azmin Ali telah mengadakan mesyuarat tanpa pengetahuan parti yang lain.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan?

Jika dilihat, kemelut ini terus berpanjangan adalah disebabkan parti komponen dalam Pakatan Harapan gagal berbincang dan bermusyawarah dengan sebaiknya untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

Jika hal sekecil ini sukar mendapat kata putus dari setiap parti, bagaimana pula apabila mereka menang kelak? Makin kucar-kacir jadinya.

Malah, perkara ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi ia turut berlaku di Gelang Patah, Johor. Pertenglingkahan di Gelang Patah pula berlaku melibatkan Mohd Fahim Farid, Exco Pemuda PPBM dengan Zaid Ibrahim, Ahli DAP.

Mohd Fahim dikatakan tidak berpuas hati kerana Zaid Ibrahim telah dicalonkan sebagai MP Gelang Patah. Dan dalam masa yang sama, Mohd Fahim juga kecewa kerana hilang hak disebabkan kerusi di Gelang Patah diambil oleh DAP dan Amanah.

DHIA HANI adalah aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kena mengena dengan Malaysian Access.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here